Thursday, January 23

Kerja

Practical, VIVA semua dah selesai.  Alhamdulillah..  sekarang fikir nak cari kerja.  Ada satu jawatan kosong as secretary to senior vice president, dekat KL, tapi aku tak berpengalaman langsung, hanya pernah praktikal selama 4 bulan di bawah salah satu anak syarikat tu.

Even aku dapat pun, aku sendiri tak yakin sama ada aku boleh ke tak.  Syarikat tu dah semestinya memerlukan calon yang dah lama kerja sebagai position tu.  Aku? Itu la yang aku risaukan sekarang ni.

Secretary... aku bukan minat sangat.  Secretary memerlukan seseorang yang sangat teliti, yang sangat berhati-hati, yang boleh memegang segala rahsia projek2 syarikat, yang bijak merencana agenda SVP, yang bijak membuat keputusan.

Aku masih mentah, boleh ke? Serius aku rasa tak mampu. Bukan sebarang orang aku jaga, Senior Vice President.  Beri aku semangat keberanian dan berikan keyakinan yang tinggi pada aku ya Allah..

Memang masa praktikal ada sebahagian dari task aku ialah jadi secretary, tapi itu hanya jadi secretary to COO.  I'm pretty sure kalau secretary to SVP ni lain sikit. Hmm macam mana ni.

Bila mengadu pada abah mama. Mama yakin sangat aku akan dapat. Mama ckp jangan sia-siakan rezeki Allah bagi, Dia dah bukak jalan sekarang ni tinggal kamu nak melangkah masuk je.

Dilema. Entah la. Rasa nak, tapi tak nak sebab tak yakin. How come? Takpe, ikut jela apa yang Allah tetapkan untuk aku. Kalau betul dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun alhamdulillah. Allah tau apa yang terbaik untuk aku.

InsyaAllah

Friday, September 6

Karib


Esok aku dah nak bertolak ke Johor.
Berat hati ni nak tinggalkan kawan-kawan.
Semalam last lepak, aku dah mula rasa rindu =(

Aku ingat dalam dunia ni aku tak akan jumpa manusia yang ada untuk kita tanpa sebab selain keluarga kita sendiri.  Tapi sekarang aku dah mula percaya. Selamat berjaya kawan-kawanku, doa i selalu ada untuk you guys.


Throwback masa 2012, masa ni Bujat berisi lagi and Syafiq tak jumpa love life lagi haha. 




This is on 3rd September 2013.  See, now semua dah ada partner except for me, Shak, Zarith and Izzat. LOLS

     



As i will be staying in Johor for 4 months, so this is our last gathering for this year (At Plan B, 5/9/2013),  had a good time last night.  Thank you to every single of you.  Masih terasa lagi gelak tawa semalam.  And i'm not forget to take a little space in this entry to wish Happy Birthday to Sara, have a blast! Sweet 22! =)



Harap kita kekal kawan sampai bila-bila.  You guys are so damn awesome! Until now, i still can't believe how i get so close to every each of you. I will be missing you guys a lot for sure! Take care friends, and i'm wishing all the best for our future.


Till we meet again!  InsyaAllah =)




Thursday, August 15

Terima Kasih

Cuti sem dah nak habis, lagi 3 minggu je ada kat Perak ni.  Lepas tu terus pergi Johor.
Yang Uncle pulak akan bertolak ke London on 18th September if i'm not mistaken. Tahun depan la dapat jumpa dia lagi. Good bye Uncle! haha
Yang kwn2 lain pun sama akan masuk balik university masing2.
Bosannyaa......

Tapi rasanya tak bosan kot kalau aku kat johor nanti. Rasa tak sabar pun ada. hihi
Well, this will be my first time jauh dari keluarga, semua orang akan fikir, boleh ke dia ni?
No, the thing is kita tak boleh nak pandang rendah pada orang kan?
Keputusan ke Johor bukan keputusan orang lain, tapi keputusan aku sendiri.
Abah aku pun tak boleh kata ape. Sorry bahh, kali ni farah jauh sikit dari abah, just to explore what is LIFE.

Dan aku bersyukur sangat ada sedara yang sangat supportive. Terima kasih Ayahjang. =)
Aku akan menetap dirumah dia selama 4 bulan. Nowadays, tak ada sedara yang sanggup tolong mcm ni, tapi aku dah jumpa =)

Dalam kelemahan aku, mereka inilah yang sentiasa berada di bahu aku. Terima Kasih.

Uncle banyak kali tanya ada apa2 yang nak cerita ke, u mcm ada something nak cerita dekat i?
Aku nak cerita tapi aku tak tahu ape benda.
Sampai satu tahap kalau kita sedih sampai kita tak tahu nak cerita apa pada seseorang tu kan?

Jadi aku hanya geleng kepala.

Sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku sedih kan.

Apa2 pun TERIMA KASIH pada Abah, Mama, Abang, Ida, Ali, Fash, Ayahjang's family, Uncle and all supportive friends.

I would be nothing without you guys!

Saturday, April 27

Mid Term

Heh ? kejap betul rasa. Esok dah Ahad. Esok esok dah mula kelas balik. Tak rasa macam cuti Mid Sem. Kerja berlambak.  Research paper pun tak siap lagi ni. Ya Allah mcm ni rupanya sem terakhir. -__-

Tabah fara tabah.. sikit lagi je. 24 Jun dah final. Haa skrg ni aku duk risau pasal interview for practical training. Tak penah pegi interview, jadi agak nervous. Tak guna betul perasaan ni. Ceyyyyy over tau! Padahal Petronas tak bagitau lagi layak interview ke tak, saje mengada nak nervous. haha. dush!

Ni errr tak plan pun, pegi Kedah for company visit, terjumpa sawah bendang belakang rumah Anas, jadi kami pun bergumbira sampai tak hingat nak balik, dah nak maghrib -__-

Ni muka bahagia sebab dah selesai operasi company visit untuk kesemua group assignments.  YEY!

Itu hari tak sempat update entry untuk hari jadi aku, kesian kan. Jadi qada balik.  Ini hadiah dari BFF nama dia Fash, anda kenal Fash? siapa follow blog dia mesti kenal la. Dia ni dah jantan dah skrg, semua benda nak kasar je skrg ni, payah dah aku nak perempuan-perempuan dengan dia.. Hmmm =P

Anda tahu ini apa? This is Ramen everybodyyyy! Sempena sambut hari jadi adik aku, si Padeli.  Haaa makan!

Haa ni la dia si Padeli. Dulu kecik je, pegi mana pun aku dukung dia, aku pergi sekolah je dia teriak.  Pfft dah besar dah, live well bro.


Motif sebenar entry ni nak share gamba je hahaa
Okay la, banyak-banyak tulis pun buat ape.
Have a nice day! Happy Birthday April Babiessss!


Wednesday, April 10

Pengejar Bachelor


Sudah lebih 3 tahun belajar dari Diploma ke Bachelor.  Tahun ini tahun terakhir.  Pensyarah kata, pusingan terakhir untuk kamu semua lari, pusingan terakhir ialah pusingan untuk kamu pecut, siapa yang sampai ke garisan penamat dahulu, dia la yang menang.  Tapi sekarang bukan siapa yang sampai dahulu, tapi sekarang siapa yang paling berjaya sampai dengan membawa pointer masing-masing.

Haaa ckp pasal pointer, kau jangan tanya la pointer aku, aku sendiri pun upset. Berangan nak kerja dekat Petronas, Axiata, Sime Darby bagai tapi.. ahhh jangan tanya la.. Takpe masih ada peluang lagi untuk kejar CGPA. Bak kata Shak, no worries.. hahaha aduii kemana ntah Shak ni, harap2 dia baik2 je la kat UK tu.  Katanya busy, katanya nak balik cuti summer ni. Haaa biarkan dia tunaikan apa yang dia ckp.  Aku bukan suka tanya banyak kali.  Aku bukan kisah.

Cakap pasal aku bukan suka tanya banyak kali, aku bukan kisah, aku ni mcm pendiam tapi sebenarnya ntah laa aku pun tak faham dengan diri sendiri, kadang aku suka sorang2, kadang aku suka kacau orang, kadang aku jahat, kadang aku baik, kadang aku suka makan Aiskrim kadang aku benci Aiskrim.  Haaa kau nampak tak? kerenah aku, family aku je faham.  Kawan rapat aku belum tentu faham aku lagi.

Aku sedar dah makin berusia. Jadi aku lebih suka cakap sekali je.  Aku dah tak panas baran dah, aku ingat lagi, kepala adik berjahit sbb aku katuk gelas kat kepala dia.  Haaa mungkin sebab tu la dia pandai, otak geliga nak mampus, spm 10 A, wakil sekolah untuk Addmath, Atlet sekolah, masuk UM asyik2 4 flat.  Heh -_- aku ape yang ada? terngaga tengok dia.  Aku rasa aku dah perbetulkan skru dekat kepala otak dia, that's why dia pandai hahahahah k k xdelaaa.. semua tu Allah dah tentukan.  Aku bangga dapat adik macam dia.  I'm proud of you Ida.. Akak harap kamu dapat jadi Doktor Pakar Bedah yang berjaya.  Aminnn =)

Eh terasa panjang pulak tulis kannnn.. Haa sudah laa.. Mari buat assignment.  Mari kejar Dean List, mari tambahkan competitive advantage, mari tambah soft skill, mari tambah ilmu, mari menyemakkan kepala otak.  Mari mengejar sijil Sarjana Muda yang berkualiti lagi terbilang...hahaha! k k cukup2.

Assalamualaikum..


Wednesday, February 27

Nganga

Cuti sem dah nak habis. Alaaaa kenapa rasa berat nak balik dan mula belajar.. Bulan lepas bukan main aku rasa bosan duduk rumah. Sampai habis dvd kat rumah ni aku tgk, nak tahu cerita apa? lihat di bawah:

1) Immortals
2) Harry Potter 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 part 1 and part 2 (amek kaw!)
3) Resident Evil : Retribution 5
4) Total Recall
5) The Expendables 2
6) The Twilight Saga Breaking Dawn- Part 2
7) Snow White and The Huntsman
8) The Impossible
9) The Eagle
10) Priest

Haaaa banyak kan.
Ye pandai, aku suka cerita thriller. (-,-) aku nampak je macam ni, tapi ganas sebenarnya HAHA *evil laugh*
Lepas tu cadang nak cuba buat Kek Tiramisu, sampai sekarang tak buat. Hmmm nak buat macam mana, aku takda kuda nak pegi beli bahan-bahan.
Lepas tu ada hati pulak nak buat Lasagna.
Lepas tu ada hati lagi tu nak pergi belajar jahit baju kurung.
Lepas tu punya lepas tu dah nak masuk sem dah. Selamat tinggal sayang haha!
Nganga fara nganga! Bila banyak kali eja nganga ni, rasa macam salah pula ejaan aku.

*cuba eja banyak kali nganga nganga nganga*

ke ngange?
Nganga dalam bahasa Inggeris macam mana?
Open mouth?
Dah fara, jangan merepek. (-,-)



Sunday, February 17

Sedar sesuatu.

Sesudah manghantar kereta ke bengkel ( ayat xnak skema lagi kan), abah ajak minum.  Jarang ada peluang macam ni.  Lagi-lagi kalau minum dengan abah ALONE.  Aku dapat mengagak topik apa yang akan dibualkan. Dalam fikiran aku, xde lain, pasal study dan kerja.

Bila habis Study?
Tahun depan insyaAllah kerja dah bahh..

Haaa bagus..abah tanya bukan apa sebab nak bajet duit untuk kamu nanti, abah rasa kamu akan kerja dekat KL.
Ye bahh, fara memang nak ke sana pun. Kat sini xnampak sangat peluangnya.

Pergi jela KL tu, cuma abah pesan jaga diri baik-baik.  Kawan dengan orang baik-baik. Makan jaga, mesti ambik breakfast setiap pagi, makan malam pukul 7 pukul 8 tu dah waktu terbaik dah jangan lebih dari pukul 10.  Nak pakai kereta ke?
Ye bahh, memang waktu tu jela fara makan pun.  Kereta tak payah la kot, fara naik LRT jela bahh senang. hee

Yela, naik LRT memang la senang tapi bahaya kalau kamu sorang.  Balik malam ke ape ke.  Takpe tengok dulu keadaan dekat sana, kalau perlu pakai kereta, pakai je kereta tu.

____________


Sebenarnya panjang lagi perbualannya, tapi cukup la itu je.
Aku tak tahu kenapa selama aku hidup ni, aku rasa dekat dengan abah berbanding dengan mama.
Mungkin abah lelaki, jadi dia faham aku.  Walau aku banyak kongsi cerita aku dengan mama, tapi abah lagi tahu aku mahu apa sebenarnya. 

Betul la orang cakap, anak perempuan biasanya akan rapat dengan ayahnya.  Berikutan adalah beberapa hadis yang aku dengan sendirinya terjumpa dan terbaca di laman web: 

  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  • Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Aku akan pastikan abah akan dapat semua ganjaran ni sebab selama aku hidup, dia tak pernah kecewakan aku, malah aku yang selalu mengecewakan dia.  Untuk mama, fara akan cuba jadi anak yang solehah, akan sentiasa dengar cakap mama walau selalu je kita berlainan pendapat.  Bukankah syurga itu dibawah tapak kaki ibu? =)

Abah, mama, terima kasih marah-marah fara selama ini.  I know i can never repay you no matter how hard i try. I love you! Always!