Sunday, February 17

Sedar sesuatu.

Sesudah manghantar kereta ke bengkel ( ayat xnak skema lagi kan), abah ajak minum.  Jarang ada peluang macam ni.  Lagi-lagi kalau minum dengan abah ALONE.  Aku dapat mengagak topik apa yang akan dibualkan. Dalam fikiran aku, xde lain, pasal study dan kerja.

Bila habis Study?
Tahun depan insyaAllah kerja dah bahh..

Haaa bagus..abah tanya bukan apa sebab nak bajet duit untuk kamu nanti, abah rasa kamu akan kerja dekat KL.
Ye bahh, fara memang nak ke sana pun. Kat sini xnampak sangat peluangnya.

Pergi jela KL tu, cuma abah pesan jaga diri baik-baik.  Kawan dengan orang baik-baik. Makan jaga, mesti ambik breakfast setiap pagi, makan malam pukul 7 pukul 8 tu dah waktu terbaik dah jangan lebih dari pukul 10.  Nak pakai kereta ke?
Ye bahh, memang waktu tu jela fara makan pun.  Kereta tak payah la kot, fara naik LRT jela bahh senang. hee

Yela, naik LRT memang la senang tapi bahaya kalau kamu sorang.  Balik malam ke ape ke.  Takpe tengok dulu keadaan dekat sana, kalau perlu pakai kereta, pakai je kereta tu.

____________


Sebenarnya panjang lagi perbualannya, tapi cukup la itu je.
Aku tak tahu kenapa selama aku hidup ni, aku rasa dekat dengan abah berbanding dengan mama.
Mungkin abah lelaki, jadi dia faham aku.  Walau aku banyak kongsi cerita aku dengan mama, tapi abah lagi tahu aku mahu apa sebenarnya. 

Betul la orang cakap, anak perempuan biasanya akan rapat dengan ayahnya.  Berikutan adalah beberapa hadis yang aku dengan sendirinya terjumpa dan terbaca di laman web: 

  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  • Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Aku akan pastikan abah akan dapat semua ganjaran ni sebab selama aku hidup, dia tak pernah kecewakan aku, malah aku yang selalu mengecewakan dia.  Untuk mama, fara akan cuba jadi anak yang solehah, akan sentiasa dengar cakap mama walau selalu je kita berlainan pendapat.  Bukankah syurga itu dibawah tapak kaki ibu? =)

Abah, mama, terima kasih marah-marah fara selama ini.  I know i can never repay you no matter how hard i try. I love you! Always!



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.