Practical, VIVA semua dah selesai. Alhamdulillah.. sekarang fikir nak cari kerja. Ada satu jawatan kosong as secretary to senior vice president, dekat KL, tapi aku tak berpengalaman langsung, hanya pernah praktikal selama 4 bulan di bawah salah satu anak syarikat tu.
Even aku dapat pun, aku sendiri tak yakin sama ada aku boleh ke tak. Syarikat tu dah semestinya memerlukan calon yang dah lama kerja sebagai position tu. Aku? Itu la yang aku risaukan sekarang ni.
Secretary... aku bukan minat sangat. Secretary memerlukan seseorang yang sangat teliti, yang sangat berhati-hati, yang boleh memegang segala rahsia projek2 syarikat, yang bijak merencana agenda SVP, yang bijak membuat keputusan.
Aku masih mentah, boleh ke? Serius aku rasa tak mampu. Bukan sebarang orang aku jaga, Senior Vice President. Beri aku semangat keberanian dan berikan keyakinan yang tinggi pada aku ya Allah..
Memang masa praktikal ada sebahagian dari task aku ialah jadi secretary, tapi itu hanya jadi secretary to COO. I'm pretty sure kalau secretary to SVP ni lain sikit. Hmm macam mana ni.
Bila mengadu pada abah mama. Mama yakin sangat aku akan dapat. Mama ckp jangan sia-siakan rezeki Allah bagi, Dia dah bukak jalan sekarang ni tinggal kamu nak melangkah masuk je.
Dilema. Entah la. Rasa nak, tapi tak nak sebab tak yakin. How come? Takpe, ikut jela apa yang Allah tetapkan untuk aku. Kalau betul dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun alhamdulillah. Allah tau apa yang terbaik untuk aku.
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.