Saturday, April 27

Mid Term

Heh ? kejap betul rasa. Esok dah Ahad. Esok esok dah mula kelas balik. Tak rasa macam cuti Mid Sem. Kerja berlambak.  Research paper pun tak siap lagi ni. Ya Allah mcm ni rupanya sem terakhir. -__-

Tabah fara tabah.. sikit lagi je. 24 Jun dah final. Haa skrg ni aku duk risau pasal interview for practical training. Tak penah pegi interview, jadi agak nervous. Tak guna betul perasaan ni. Ceyyyyy over tau! Padahal Petronas tak bagitau lagi layak interview ke tak, saje mengada nak nervous. haha. dush!

Ni errr tak plan pun, pegi Kedah for company visit, terjumpa sawah bendang belakang rumah Anas, jadi kami pun bergumbira sampai tak hingat nak balik, dah nak maghrib -__-

Ni muka bahagia sebab dah selesai operasi company visit untuk kesemua group assignments.  YEY!

Itu hari tak sempat update entry untuk hari jadi aku, kesian kan. Jadi qada balik.  Ini hadiah dari BFF nama dia Fash, anda kenal Fash? siapa follow blog dia mesti kenal la. Dia ni dah jantan dah skrg, semua benda nak kasar je skrg ni, payah dah aku nak perempuan-perempuan dengan dia.. Hmmm =P

Anda tahu ini apa? This is Ramen everybodyyyy! Sempena sambut hari jadi adik aku, si Padeli.  Haaa makan!

Haa ni la dia si Padeli. Dulu kecik je, pegi mana pun aku dukung dia, aku pergi sekolah je dia teriak.  Pfft dah besar dah, live well bro.


Motif sebenar entry ni nak share gamba je hahaa
Okay la, banyak-banyak tulis pun buat ape.
Have a nice day! Happy Birthday April Babiessss!


Wednesday, April 10

Pengejar Bachelor


Sudah lebih 3 tahun belajar dari Diploma ke Bachelor.  Tahun ini tahun terakhir.  Pensyarah kata, pusingan terakhir untuk kamu semua lari, pusingan terakhir ialah pusingan untuk kamu pecut, siapa yang sampai ke garisan penamat dahulu, dia la yang menang.  Tapi sekarang bukan siapa yang sampai dahulu, tapi sekarang siapa yang paling berjaya sampai dengan membawa pointer masing-masing.

Haaa ckp pasal pointer, kau jangan tanya la pointer aku, aku sendiri pun upset. Berangan nak kerja dekat Petronas, Axiata, Sime Darby bagai tapi.. ahhh jangan tanya la.. Takpe masih ada peluang lagi untuk kejar CGPA. Bak kata Shak, no worries.. hahaha aduii kemana ntah Shak ni, harap2 dia baik2 je la kat UK tu.  Katanya busy, katanya nak balik cuti summer ni. Haaa biarkan dia tunaikan apa yang dia ckp.  Aku bukan suka tanya banyak kali.  Aku bukan kisah.

Cakap pasal aku bukan suka tanya banyak kali, aku bukan kisah, aku ni mcm pendiam tapi sebenarnya ntah laa aku pun tak faham dengan diri sendiri, kadang aku suka sorang2, kadang aku suka kacau orang, kadang aku jahat, kadang aku baik, kadang aku suka makan Aiskrim kadang aku benci Aiskrim.  Haaa kau nampak tak? kerenah aku, family aku je faham.  Kawan rapat aku belum tentu faham aku lagi.

Aku sedar dah makin berusia. Jadi aku lebih suka cakap sekali je.  Aku dah tak panas baran dah, aku ingat lagi, kepala adik berjahit sbb aku katuk gelas kat kepala dia.  Haaa mungkin sebab tu la dia pandai, otak geliga nak mampus, spm 10 A, wakil sekolah untuk Addmath, Atlet sekolah, masuk UM asyik2 4 flat.  Heh -_- aku ape yang ada? terngaga tengok dia.  Aku rasa aku dah perbetulkan skru dekat kepala otak dia, that's why dia pandai hahahahah k k xdelaaa.. semua tu Allah dah tentukan.  Aku bangga dapat adik macam dia.  I'm proud of you Ida.. Akak harap kamu dapat jadi Doktor Pakar Bedah yang berjaya.  Aminnn =)

Eh terasa panjang pulak tulis kannnn.. Haa sudah laa.. Mari buat assignment.  Mari kejar Dean List, mari tambahkan competitive advantage, mari tambah soft skill, mari tambah ilmu, mari menyemakkan kepala otak.  Mari mengejar sijil Sarjana Muda yang berkualiti lagi terbilang...hahaha! k k cukup2.

Assalamualaikum..