Monday, January 21
Ikhlas untuk makcik.
Aku tak rindu pun,
Tapi kekadang pipi aku basah.
Aku benci,
Tapi aku 'ter'tengok lagi.
Aku tak ingat langsung dah,
Tapi tipu la kalau aku dah lupa.
Aku dah tak cari,
Tapi kaki ni melencong jugak.
Aku dah tak rasa,
Tapi aku masih sakit.
Aku dah tak nak dengar,
Tapi aku sendiri yang sebut.
Bodoh kan? Bodoh tak aku?
Biar aku mengaku sendiri, aku memang bodoh.
Bodoh sampai biar orang kata aku gilakan dia,
Bodoh sampai biar orang kata aku tak setaraf dengan dia,
Bodoh sampai aku pedulikan nasihat ibuku.
Bodoh sampai biar ibuku turut terasa sakitnya aku.
Tapi hakikatnya, yang cari, yang merayu, itu DIA bukan AKU.
Tapi hakikatnya, yang buang, yang putuskan, itu AKU bukan DIA.
Mama boleh nampak kan sekarang? biarlah apa mereka mahu cakap.
Anak mama ni masih berdirikan? tak perlu risau.
Makcik, anak makcik tak hebat mana pun di mata saya. Cananglah cerita pada satu kampung.
Orang kampung tak buta. Masih boleh bezakan yang mana intan yang mana kaca.
Subscribe to:
Comments (Atom)