Sabtu ni merupakan hari besar untuk abang aku. Sangat teruja!
Buat kali pertamanya sebuah pelamin didirikan di rumah aku. Hiks!
Ye, akulah orang kuat atau tulang belakang hari bahagia abang aku selain mama, abah, dan adik lelaki.
(adik perempuan dapat diselamatkan kerana beliau masih berada di perantauan pada ketika ini. Abang pula balik hari jumaat bersama isterinya dari terengganu, jadi dia dapat mengelat.)
Jadi anda semua dapat bayangkan kepenatan kami di sini.
Dan habis la segala makcik-makcik, sedara mara semua datang.
Woahhh memang best!
Tapi....
Bahan yang paling seronok bagi mereka untuk dijadikan idea untuk mereka bergurau ialah,,,,
"lepas ni Farah la pulakkkk, lagi berapa tahun lagi ni Farah???
(okayyy, tak kelakar makcik, tak kelakar, amboiii, tak kelakar okay)
aku hanya tersengih mengharapkan Allah S.W.T memberi petunjuk kepada mereka lagi berapa tahun aku akan kahwin.
Semoga makcik diberikan pencerahan. -______-
p/s: Esok orang dari Terengganu akan sampai. Jadi, selamat datang! marilah lihat culture orang perak hihi
k bye.